Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Bukit Diman ini terletak kira – kira 16.8km daripada Bandar Kuala Berang.Berada dalam mukim Penghulu Diman. Mengikut cerita orang-orang lama (tua) yang tinggal di kampung ini, ada 3 orang perantau yang berasal dari Pahang yang diketuai oleh Pak Diman. Pak Diman bersama dua orang pembantunya membuka tanah baru di kawasan ini yang ketika itu belum mempunyai nama. Tanah yang diusahakan oleh Pak Diman ialah tanah yang berbukit-bukau. Di tempat tersebut, beliau telah mendirikan pondok tempat berteduh dan menanam pokok buah-buahan serta padi. Pak diman merupakan seorang yang berilmu, baik hati, suka menolong orang kampung dan sebagainya. Orang kampung mula mempercayai Pak Diman kerana kebaikan dan ketulusan hatinya, lalu melantik beliau sebagai ketua di kampung ini. Bagi memberi penghormatan kepada beliau, orang kampung bersepakat menamakan kampung ini sempena nama pak diman , oleh kerana Pak Diman membuka tanah yang berbukit-bukau jadi nama kampung ini di gelar sebagai Kampung Bukit Diman. Dan nama ini kekal sehingga sekarang.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM : KELAS HANDS ON & PHONEGRAPHY (HOKKAIDO CUPCAKE)

Aktiviti Terkini | 17 Disember 2022

Program Kelas Hands On & Phonegraphy bersama demo masakan Hokkaido Cupcake di PEDi Kuala Berang yang telah melibatkan seramai 9 orang peserta. Kelas ini telah berlangsung selama dua jam untuk dua sesi. Sesi pertama kelas demo masakan dan sesi kedua kelas cara mengambil gambar dengan menggunakan phone dengan betul dan cantik....baca selanjutnya

PROGRAM : KELAS ASAS PHONE-GRAPHY DAN CUPCUT VIDEO EDITING

Aktiviti Terkini | 10 Disember 2022

Program Kelas Asas “Phone-Graphy’ dan “Cupcut” Video editing telah melibatkan seramai 11 orang peserta dari komuniti setempat. Selain daripada kelas video editing dan photo editing, program ini juga di mulakan dengan kelas belajar memasak pemanis mulut Buko. Antara PEDi yang terlibat di dalam program ini ialah, PEDi Kg.Tengkawang, PEDi Bukit Diman dan PEDi Kuala Kejir....baca selanjutnya

PROGRAM : HARI BERSAMA KOMUNITI PEDI KUALA KEJIR

Aktiviti Terkini | 17 November 2022

Program Hari Bersama Komuniti PEDi Kuala Kejir yang telah diadakan pada 17 November 2022 di PEDi Kuala Kejir. Sepanjang berlangsungnya program Hari Terbuka ini, banyak aktiviti yang telah disediakan seperti taklimat pemerkesaan digital, taklimt Klik Dengan Bijak (KDB), kuiz Kahoot, Kuiz Mycybergenius, mewarna dan muzikal chair KDB. Program ini telah di bantu oleh semua PEDi di abwah Kluster Hulu Terengganu....baca selanjutnya

PROGRAM : BASIC PHOTOGRAPHY & DEMO GAJET VIRAL

Aktiviti Terkini | 22 Oktober 2022

Program Basic Photography & Demo Gajet Viral yang telah diadakan di PEDi Kuala Kejir. Demo Gajet ini telah di kendalikan oleh pihak Amway pada sebelah pagi dan basic photopgrapgy ini telah di kendlaikan oleh staff PEDi Kuala Berang.Program ini telah melibatkan 15 peserta dari komuniti setempat....baca selanjutnya

PROGRAM : TIPS RAHSIA SALES 10K SEHARI SI SHOPEE & TIK TOK

Aktiviti Terkini | 15 Oktober 2022

Program Tips Rahsia Sales 10K sehari di Shopee & TikTok yang telah di anjurkan oleh Rakan Digital Hulu Terengganu dengan kerjasama staf PEDi Bukit Diman. Program ini telah melibatkan seramai 22 orang peserta dr seluruh pelusuk Hulu Terengganu dan perkongsian ini telah di sampaikan oleh Ikon Usahawan...baca selanjutnya

PROGRAM : PROGRAM LATIHAN KEBAKARAN (FIRE DRILL) DENGAN KERJASAMA PEDI KLUSTER HULU TERENGGANU, JABATAN BOMBA & PENYELAMAT SERTA PBSFBB

Aktiviti Terkini | 8 Oktober 2022

Program latihan kebakaran anjuran pedi felda bukit bading dengan kerjasama pedi kluster hulu terengganu, jabatan bomba dan penyelamat serta pbsfbb yang diadakan di balai bomba sukarela felda bukit bading. Seramai 15 staf pedi telah terlibat dengan latihan kebakaran ini...baca selanjutnya

PROGRAM : PROGRAM TUPPERWARE PARTY

Aktiviti Terkini | 1 Oktober 2022

Parti Tupperware dikendalikan oleh perunding Tupperware untuk hos atau tuan rumah yang menjemput rakan dan jiran ke rumah mereka untuk melihat barisan produk. Program ini telah diadakan di PEDi Felda Bukit Bading pada 01 Oktober 2022 bermula jam 10.30 pagi sehingga jam 1 petang. Terdapat seramai 20 peserta yang telah terlibat....baca selanjutnya

PROGRAM : PROGRAM KUTIPAN E-WASTE BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR DAN SYARIKAT KT WAN

Aktiviti Terkini | 3 September 2022

Program ini telah diadakan di PEDi Bukit Diman dengan Kerjasama Jabatan Alam Sekitar dan juga syarikat KT Wan yang merupakan ajen pengutipan barang-barang elektrik terpakai. Selain itu juga program ini juga turut di bantu oleh Perpustakaan Desa Bukit Diman, JPKK Kg.Bukit Diman,JPKK Tok Randok dan juga semua PEDi dibawah seliaan Digi bagi daerah Hulu Terengganu....baca selanjutnya

PROGRAM : PEDI HULU MERDEKA 2022

Aktiviti Terkini | 27 Ogos 2022

Program ini akan bermula secara atas talian terlebih dahulu dan juga secara fizikal pada tarikh yang telah ditetapkan. Program ini adalah program Bersama 5 PEDi Digi yang lain iaitu PEDi Bukit Diman, PEDi Kuala Berang, PEDi Kuala Kejir, PEDi Tok Randok dan PEDi Kg.Tengkawang....baca selanjutnya

PROGRAM HARI KEMERDEKAAN PEDI BUKIT DIMAN BERSAMA PERPUSTAKAAN DESA

Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2022

Program santai bersama anak-anak komuniti Kampung Bukit Diman yang telah bekerjasama dengan Pepustakaan Desa Bukit Diman. Program ini telah melibatkan seramai 25 orang kanak-kanak untuk semua aktiviti yang dijalankan....baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK: ONLINE GROOMING, SEXTING, DAN PENGAWASAN IBU BAPA DI INTERNET SECARA LANGSUNG DI FACEBOOK

Aktiviti Terkini | 7 & 16 Julai 2022

Perkongsian santai secara langsung di Facebook Page PEDi Bukit Diman mengenai KDB Online grooming,sexting dan pengawasan ibu bapa di internet kepada semua komuniti bersama-sama PEDi Kg Baru Kemasik, PEDi Bukit Kuang dan PEDi Felda Cherul....baca selanjutnya

PROGRAM WEBINAR CERAMAH HENTIKAN DISKRIMINASI DALAM KERJAYA

Aktiviti Terkini | 19 Jun 2022

Program webinar ini mengenai ceramah hentikan diskriminasi dalam kerjaya anjuran mahasiswa Pendidikan jarak jauh Universiti Utara Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Gelang Patah,Johor dan penceramah jemputannya adalah Ust.Rohisyam Bin Abidin....baca selanjutnya

PROGRAM PEMERKASAAN PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA (PEDIi) NEGERI TERENGGANU 2022

Aktiviti Terkini | 13 & 14 Jun 2022

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai hala tuju dan pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang dijalankan oleh MCMC dan pelbagai agensi di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Negeri Terengganu...baca selanjutnya

PROGRAM MESYUARAT AGUNG PPDK TENGKAWANG TAHUN 2022/2024

Aktiviti Terkini | 7 Jun 2022

Program Mesyuarat Agung PPDK Tengkawang untuk sesi 2022/2024 telah dijalankan di PPDK Tengkawang pada 07 Jun 2022 (Selasa).Mesyuarat ini diadakan bagi membubarkan ahli jawatankuasa yang lama dan melantik ahli jawatankuasa baru bagi sesi 2022/2024 dalam membantu segala urusan dan program PPDK Tengkawang dapat dijalankan dengan baik....baca selanjutnya

PROGRAM SAMBUTAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI BERSAMA KRT KG HULU LEREK BUKIT DIMAN

Aktiviti Terkini | 27 Mei 2022

Program sambutan rumah terbuka aidilfitri bersama KRT Kg.Hulu Lerek Bukit Diman, telah diadakan pada 27 Mei 2022 (Jumaat) bagi meraikan bulan syawal dan mengeratkan silaturahim sesama komuniti setempat....baca selanjutnya

PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT

Aktiviti Terkini | 21 April 2022

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Diman bersama-sama PEDi Tok Randok telah di jemput untuk turut serta Program Baca Bersama 10 minit pada 21 April 2022 bersempena bulan membaca seluruh negara. Program ini telah di rasmikan oleh Pengarah Politeknik Hulu Terengganu dan telah melibatkan pelajar Politeknik Hulu Terengganu dan juga pelajar maahad tahfiz. Dalam ini juga turut di hadiri oleh penulis novelis Farah Darianna yang telah berkongsi sedikit sebanyak perjalanan seorang penulis novel.....baca selanjutnya

MAJLIS IFTAR BERSAMA YB TAN SRI DATUK SERI PADUKA TPR.ANNUAR HAJI MUSA MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

Aktiviti Terkini | 9 April 2022

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Diman bersama-sama semua PEDi di Terengganu telah di jemput untuk menghadiri majlis iftar bersama Menteri komunikasi dan multimedia di Hotel Raia Kuala Terengganu, Terengganu pada 09 April 2022. Majlis Iftar tersebut turut di hadiri oleh YBhg Dato’ Dr Fadhlullah Suhaimi Badul Malek selaku Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia,Tuan Haji Zahari Bin Ismail selaku Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia negeri Terengganu, Pengarah Pejabat Penerangan Negeri Terengganu, wakil dari Bernama, pelajar-pelajar tahfiz dan juga ramai lagi....baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE : LAMAN WEB KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 20 Mac 2022

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Diman bersama-sama PEDi Kuala kejir dan PEDi Kg.Tengkawang telah mengadakan perkongsian ringkas mengenai Laman Web Klik Dengan Bijak(KDB) yang telah ditubuhkan pada tahun 2020....baca selanjutnya

TIP PENJAGAAN GIGI DI ATAS TALIAN

Aktiviti Terkini | 23 Februari 2022

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Diman bersama-sama PEDi Kuala kejir dan PEDi Kg.Tengkawang telah mengadakan perkongsian ringkas mengenai Tips Penjagaan Gigi memandangkan tidak ramai yang mengambil serius mengenai penjagaan gigi....baca selanjutnya

PERKHIDMATAN MOBILE TEAM KWSP

Aktiviti Terkini | 25 Januari 2022

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Diman bersama-sama Perpustakaan Desa Bukit Diman telah menerima kunjungan program daripada pihak Mobile Team KWSP dari Kuala Terengganu untuk memberi kemudahan kepada komuniti setempat dan juga komuniti berdekatan menggunakan perkhidmatan KWSP yang telah dibuka pada hari tersebut di Perpustakaan Desa Bukit Diman....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti