Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Bukit Diman ini terletak kira – kira 16.8km daripada Bandar Kuala Berang.Berada dalam mukim Penghulu Diman. Mengikut cerita orang-orang lama (tua) yang tinggal di kampung ini, ada 3 orang perantau yang berasal dari Pahang yang diketuai oleh Pak Diman. Pak Diman bersama dua orang pembantunya membuka tanah baru di kawasan ini yang ketika itu belum mempunyai nama. Tanah yang diusahakan oleh Pak Diman ialah tanah yang berbukit-bukau. Di tempat tersebut, beliau telah mendirikan pondok tempat berteduh dan menanam pokok buah-buahan serta padi. Pak diman merupakan seorang yang berilmu, baik hati, suka menolong orang kampung dan sebagainya. Orang kampung mula mempercayai Pak Diman kerana kebaikan dan ketulusan hatinya, lalu melantik beliau sebagai ketua di kampung ini. Bagi memberi penghormatan kepada beliau, orang kampung bersepakat menamakan kampung ini sempena nama pak diman , oleh kerana Pak Diman membuka tanah yang berbukit-bukau jadi nama kampung ini di gelar sebagai Kampung Bukit Diman. Dan nama ini kekal sehingga sekarang.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM VIDEO KELAS ICT SECARA ONLINE

Aktiviti Terkini |16 & 28 Disember 2020

Video Tutorial ,Tutorial Menggunakan Apps Snapseed ,Tutorial Membuat Google Form...baca selanjutnya

PROGRAM KEUSAHAWANAN KELAS BAKERY

Aktiviti Terkini | 7 November 2020

1. Taklimat KDB 2. Taklimat keusahawan 3. Demo & Bengkel penghasilan roti dan pastri...baca selanjutnya

PROGRAM KEUSAWANAN BERSAMA BEAUTY CONSULTANTS MARRY KAY

Aktiviti Terkini | 18 Oktober 2020

1. Taklimat KDB 2. Taklimat keusahawan 3. Demo & Bengkel kecantikan ...baca selanjutnya

MALAYSIA ICT VOLUNTEER (MIV) BERSAMA KOMUNITI 2020 PROGRAM - TRUTH CAMPAIGN

Aktiviti Terkini | 5 September 2020

Memperkenalkan Perkhidmatan Pusat Internet...baca selanjutnya

MESYUARAT BERKAITAN PRESTASI PUSAT INTERNET NEGERI TERENGGANU

Aktiviti Terkini |13 Ogos 2020

Memperkenalkan Perkhidmatan Pusat Internet...baca selanjutnya

BENGKEL ASAS FOTOGRAFI & ONLINE MARKETING BERSAMA EMPOWER ECER HULU TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 25 Julai 2020

Pendedahan berkaitan asas fotografi dan pemasaran online secara berkesan....baca selanjutnya

TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR BAGI KEMASUKAN KOLEJ KOSMOPOINT

Aktiviti Terkini | 22 June 2020

Mempromosikan Pusat Internet Kepada Komuniti....baca selanjutnya

PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020

Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020.....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020....baca selanjutnya

PERASMIAN READING SEEDS

Aktiviti Terkini | 1 Februari 2020

Menggalakkan budaya membaca dikalangan penduduk setempat....baca selanjutnya

CHEF CILIK BERSAMA PPDK MUTIARA KASIH

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2020

Aktiviti ini mengajar membuat kek cawan & menghias kek cawan dengan teknik yang mudah dan ringkas untuk membantu pelatih-pelatih & pelajar pelajar Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) untuk menambah pendapatan.....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti