Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Bukit Diman ini terletak kira – kira 16.8km daripada Bandar Kuala Berang.Berada dalam mukim Penghulu Diman. Mengikut cerita orang-orang lama (tua) yang tinggal di kampung ini, ada 3 orang perantau yang berasal dari Pahang yang diketuai oleh Pak Diman. Pak Diman bersama dua orang pembantunya membuka tanah baru di kawasan ini yang ketika itu belum mempunyai nama. Tanah yang diusahakan oleh Pak Diman ialah tanah yang berbukit-bukau. Di tempat tersebut, beliau telah mendirikan pondok tempat berteduh dan menanam pokok buah-buahan serta padi. Pak diman merupakan seorang yang berilmu, baik hati, suka menolong orang kampung dan sebagainya. Orang kampung mula mempercayai Pak Diman kerana kebaikan dan ketulusan hatinya, lalu melantik beliau sebagai ketua di kampung ini. Bagi memberi penghormatan kepada beliau, orang kampung bersepakat menamakan kampung ini sempena nama pak diman , oleh kerana Pak Diman membuka tanah yang berbukit-bukau jadi nama kampung ini di gelar sebagai Kampung Bukit Diman. Dan nama ini kekal sehingga sekarang.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


SEPAKAT KOMUNITI SATU MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 09 Disember 2016

Aktiviti ini dapat memperkenalkan PI1M kepada warga setempat...baca selanjutnya

AKTIVITI GOTONG ROYONG

Aktiviti Terkini | 03 Disember 2016

Staf PI1M bersama-sama membersihkan pi1m di bahagian dalam dan luar bagi memastikan keadaan persekitaran sentiasa bersih, kemas dan tersusun...baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

KARNIVAL BELIA & HARI WARGA FELDA BUKIT BADING 2016

Aktiviti Terkini | 26 November 2016

Pusat Internet 1 Malaysia Bukit Diman telah mendapat jemputan bagi mengadakan pameran sempena Karnival Belia & Hari Warga Felda Bukit Bading 2016 pada 26 November 2016, Sabtu bermula jam 7 pagi hingga 7 malam... baca selanjutnya

GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA

Aktiviti Terkini | 25 Oktober 2016

Aktiviti gotong royong bersama ahli jawatankuasa kampung dan penduduk setempat memasak bubur asyura sempena sambutan Maal Hijrah... baca selanjutnya

Program Advokasi

Aktiviti Terkini | Oktober 2016

Program Advokasi Klik Dengan Bijak dan kesedaran mengenai Mobile e-Waste telah dijalankan disekitar sekolah berhampiran dengan Pusat Internet... baca selanjutnya

TUPPERWARE PARTY

Aktiviti Terkini | 10 September 2016

Aktiviti yang dijalankan adalah pengenalan PI1M dan KDB, promosi pendaftaran ahli Tupperware dan PI1M, jualan dari Tupperware dan demo masakan. Baca Selanjutnya

TAYANGAN MOVIE KEMERDEKAAN (SARJAN HASSAN, LEFTENAN ADNAN)

Aktiviti Terkini | 27 Ogos 2016

Program tayangan movie yang bertemakan hari kemerdekaan adalah untuk memberi kesedaran kepada kanak-kanak erti kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini disamping belajar tentang sejarah kemerdekaan Malaysia. Baca Selanjutnya

AKTIVITI MEWARNA POSTER HARI MERDEKA

Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2016

Aktiviti mewarna untuk kanak-kanak bersempena bulan kemerdekaan telah diadakan di PI1M Bukit Diman. Baca Selanjutnya

HARI TERBUKA DAN JAMUAN RAYA 2016

Aktiviti Terkini | 29 Julai 2016

Hari Terbuka diadakan sebagai acara tahunan yang bertujuan memperkenalkan Pusat Internet 1Malaysia Bukit Diman kepada penduduk kampung disamping dapat mengeratkan silaturrahim dengan penduduk kampung. Baca Selanjutnya

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DENGAN KERJASAMA PUSTAKA BUKIT DIMAN

Aktiviti Terkini | 29 JUN 2016

PROGRAM KERJASAMA INI DIADAKAN UNTUK MENGIMARAHKAN BULAN RAMADAN DENGAN AKTIVITI KEAGAMAAN DISAMPING DAPAT MERAPATKAN HUBUNGAN PI1M DENGAN PENDUDUK KAMPUNG.......... baca selanjutnya

MAJLIS BACAAN YASIN DENGAN KERJASAMA PUSTAKA BUKIT DIMAN

Aktiviti Terkini | 15 JUN 2016

PROGRAM KERJASAMA INI DIADAKAN UNTUK MENGIMARAHKAN BULAN RAMADAN DENGAN AKTIVITI KEAGAMAAN DISAMPING DAPAT MERAPATKAN HUBUNGAN PI1M DENGAN PENDUDUK KAMPUNG........ baca selanjutnya

PERLANCARAN PI1M DI KUALA BERANG

Aktiviti Terkini | 28 Mei 2016

Majlis Perasmian Pusat Internet 1 Malaysia di Hulu Terengganu di bawah kelolaan Digi Telecomunications Sdn Bhd. Baca selanjutnya

Bermain Sambil Belajar

Aktiviti Terkini | 7 Mei 2016

Program ini "Bermain Sambil Belajar" disertai oleh ......... Baca selanjutnya

MELUKIS – MICROSOFT PAINT

Aktiviti Terkini | 23 April 2016

MELUKIS disertai oleh ......... Baca selanjutnya

QBER FOOD FESTIVAL

Aktiviti Terkini | 19 Mac 2016

QBER FOOD FESTIVAL disertai oleh ......... Baca selanjutnya

Sehari Bersama Pdk Mutiara Kasih

Aktiviti Terkini | 24 Februari 2016

Sehari Bersama Pdk Mutiara Kasih disertai oleh ......... Baca selanjutnya

Kelas Usahawan 1.0

Aktiviti Terkini | 23 Januari 2016

Kelas Usahawan 1.0 Bertempat di PI1M Bukit Diman disertai oleh ......... Baca selanjutnya

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif

Berita Terkini

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk menggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan . Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan.Baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian. Baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan. Baca selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan. Baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti