Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Bukit Diman ini terletak kira – kira 16.8km daripada Bandar Kuala Berang.Berada dalam mukim Penghulu Diman. Mengikut cerita orang-orang lama (tua) yang tinggal di kampung ini, ada 3 orang perantau yang berasal dari Pahang yang diketuai oleh Pak Diman. Pak Diman bersama dua orang pembantunya membuka tanah baru di kawasan ini yang ketika itu belum mempunyai nama. Tanah yang diusahakan oleh Pak Diman ialah tanah yang berbukit-bukau. Di tempat tersebut, beliau telah mendirikan pondok tempat berteduh dan menanam pokok buah-buahan serta padi. Pak diman merupakan seorang yang berilmu, baik hati, suka menolong orang kampung dan sebagainya. Orang kampung mula mempercayai Pak Diman kerana kebaikan dan ketulusan hatinya, lalu melantik beliau sebagai ketua di kampung ini. Bagi memberi penghormatan kepada beliau, orang kampung bersepakat menamakan kampung ini sempena nama pak diman , oleh kerana Pak Diman membuka tanah yang berbukit-bukau jadi nama kampung ini di gelar sebagai Kampung Bukit Diman. Dan nama ini kekal sehingga sekarang.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


KELAS KEK VIRAL

Aktiviti Terkini | 21 Disember 2019

Kelas ini bertujuan untuk mengajar cara-cara membuat kek dengan mudah serta dapat membantu penduduk setempat menambah pendapatan....baca selanjutnya

PROGRAM SEPANJANG CUTI SEKOLAH

Aktiviti Terkini | 24 November 2019

Aktiviti yang dilakukan adalah seperti membuat kraft hasil daripada carian di laman google....baca selanjutnya

KARNIVAL SEBUDI

Aktiviti Terkini | 22 & 23 Oktober 2019

Aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta untuk menggunakan kemudahan internet dengan bijak & selamat....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA BULAN BAHASA & SOCCER KIDS

Aktiviti Terkini | 16 Oktober 2019

Aktiviti mewarna sempena Bulan Bahasa & Soccer Kids sempena Bulan Sukan Kebangsaan bersama anak-anak Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Tok Randok...baca selanjutnya

SUKAN KOMUNITI KG BUKIT DIMAN

Aktiviti Terkini | 14 September 2019

Aktiviti sukaneka dan pelbagai pertandingan untuk golongan kanak kanak, remaja dan orang dewasa yang dianjurkan oleh mpkk kepada penduduk kampung setempat...baca selanjutnya

PERTANDINGAN BAYBLADE

Aktiviti Terkini | 17 Ogos 2019

Pertandingan Bayblade diadakan dengan mengikut kategori iaitu kategori kanak kanak dan dewasa. Bagi kategori dewasa adalah kategori sampingan dimana ianya bertujuan untuk meraikan ibubapa yang hadir untuk menghantar anak mereka....baca selanjutnya

MEWARNA POSTER KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 03 Ogos 2019

Aktiviti ini dapat mendedahkan kanak-kanak kepada kaedah mewarna secara digital dengan menggunakan Microsoft Paint....baca selanjutnya

KELAS KEUSAHAWANAN : JOM SHOPEE

Aktiviti Terkini | 20 Julai 2019

Kelas ini bertujuan memperkenalkan peerta kepada aplikasi shopee, pendaftaran & penggunaan akaun shopee sebagai platform untuk membuat jualan...baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 08 Jun 2019

Aktiviti bersama ahli Pusat Internet yang aktif beserta warga sekitar untuk menghargai kesetiaan mereka bersama Pusat Interenet Bukit Diman...baca selanjutnya

PROGRAM BACAAN YAASIN

Aktiviti Terkini | 29 Mei 2019

Program bacaan yaasin diadakan bersempena dengan meraikan bulan ramadan dan nuzul alquran yang jatuh pada bulan ramadan....baca selanjutnya

PROGRAM KULIAH RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 15 Mei 2019

Program Kuliah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Taufik Afira ini adalah untuk mengisi bulan ramadhan dengan aktiviti keagamaan dan memuliakan bulan ramadhan dengan kuliah agama...baca selanjutnya

FESTIVAL INTAN DI SMK THAI, KUALA BERANG

Aktiviti Terkini | 20 - 21 April 2019

Program ini bertujuan memberi kesedaran dan pengetahuan tentang fungsi mcmc dan cara penggunaan online dengan selamat...baca selanjutnya

PROGRAM HARI WANITA

Aktiviti Terkini | 13 April 2019

Petugas Pusat Internet bertugas sebagai urusetia di program “Women Day” bagi membantu melancarkan perjalanan program...baca selanjutnya

PROGRAM KELAS MEMBUAT PIZZA

Aktiviti Terkini | 06 April 2019

Program yang mengajar kanak-kanak tentang cara cara untuk membuat pizza yang mudah, cepat dan selamat....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK THAI, KUALA BERANG

Aktiviti Terkini | 06 Mac 2019

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang fungsi MCMC dan cara penggunaan online dengan selamat...baca selanjutnya

KELAS MENJAHIT MANIK

Aktiviti Terkini | 02 Mac 2019

Kelas ini bertujuan untuk mengajar kemahiran menjahit manik dan mengcungkil bakat peserta supaya lebih kreatif dan membantu meningkatkan ekonomi usahawan...baca selanjutnya

Kelas Mengisi Borang Permohonan I Dana Ttb Untuk Permohonan Lesen Motor Percuma

Aktiviti Terkini | 09 Februari 2019

Kelas Mengisi Borang Secara Online Terbuka Untuk Remaja Yang Berpendapatan Rendah Memohon Lesen Motosikal Secara Percuma...baca selanjutnya

Sukaneka Tahunan

Aktiviti Terkini | 05 Januari 2019

Mengadakan Sukaneka Tahunan Untuk Anak-Anak Kampung Bukit Diman Bagi Mengeratkan Hubungan Dengan Staff Pi Dan Memperkenalkan Pi Kepada Orang Ramai...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti