Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Bukit Diman ini terletak kira – kira 16.8km daripada Bandar Kuala Berang.Berada dalam mukim Penghulu Diman. Mengikut cerita orang-orang lama (tua) yang tinggal di kampung ini, ada 3 orang perantau yang berasal dari Pahang yang diketuai oleh Pak Diman. Pak Diman bersama dua orang pembantunya membuka tanah baru di kawasan ini yang ketika itu belum mempunyai nama. Tanah yang diusahakan oleh Pak Diman ialah tanah yang berbukit-bukau. Di tempat tersebut, beliau telah mendirikan pondok tempat berteduh dan menanam pokok buah-buahan serta padi. Pak diman merupakan seorang yang berilmu, baik hati, suka menolong orang kampung dan sebagainya. Orang kampung mula mempercayai Pak Diman kerana kebaikan dan ketulusan hatinya, lalu melantik beliau sebagai ketua di kampung ini. Bagi memberi penghormatan kepada beliau, orang kampung bersepakat menamakan kampung ini sempena nama pak diman , oleh kerana Pak Diman membuka tanah yang berbukit-bukau jadi nama kampung ini di gelar sebagai Kampung Bukit Diman. Dan nama ini kekal sehingga sekarang.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


LIVE FB : PENGENALAN PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA (PEDI)

Aktiviti Terkini | 4 Disember 2021

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Diman bersama-sama PEDi Kuala Kejir dan PEDi Kg.Tengkawang berkongsi secara ringkat mengenai penjenamaan semula Pusat Internet Komuniti Kepada Pusat Ekonomi Digital (PEDi) secara atas talian....baca selanjutnya

KURSUS LATIHAN PENGENDALIAN MAKANAN SECARA ATAS TALIAN

Aktiviti Terkini | 12 & 20 November 2021

Program ini telah di jalankan secara atas talian dengan menggunakan platform Zoom Meeting yang telah di kendalikan oleh tenaga pengajar daripada syarikat luar NZ Bunga Venture dan program ini telah di hadiri oleh usahawan dan komuniti setempat yang telah berdaftar di bawah Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg.Bukit Dimab. Kursus ini telah di jalankan bersama-sama beberapa PEDi yang lain seperti PEDi Kuala Kejir, PEDi Kuala Berang, PEDi Tok Randok, PEDi Kg,Tengkawang dan juga beberapa PEDi yang lain....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: HAK – HAK PENGGUNA

Aktiviti Terkini | 9 Oktober 2021

Perkongsian dari Pusat Internet Komuniti Bukit Diman yang disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PIK Bukit Diman bersama-sama PIK Kuala Kejir,PIK Tengkawang dan PIK Kuala Berang mengenai Hak-Hak Pengguna kepada penduduk setempat. Semua penduduk atau pengguna perlu tahu hak-hak sebagai pembeli yang telah di aktakan oleh pihak berwajib supaya kita sebagai pengguna tidak mudah di tipu dan tindih oleh para penjual di luar sana....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: SEMBANG SANTAI MENGGUNAKAN DIALEK HULU TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 19 September 2021

Pusat Internet Komuniti (PIK) Bukit Diman bersama-sama PIK Kuala Kejir, PIK Kg.Tengkawang dan PIK Kuala Berang membuat perkongsian di “ Facebook Live Page” PIK Bukit Diman mengenai Dialek Hulu Terengganu. Pihak kami ingin memperkenalkan Dialek Hulu Terengganu yang sangat unik ini kepada masyarakat generasi baru sekarang. Kita tahu, setiap negeri memepunyai dialek negeri masing-masing termasuk juga negeri Terengganu. Oleh itu, kami berharap Diale Hulu Terengganu tidak akan di tenggelam zaman.....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: TIP DAN TEKNIK MENGAMBIL GAMBAR MENGGUNAKAN HANDPHONE

Aktiviti Terkini | 18 September 2021

Perkongsian dari Pusat Internet Komuniti Bukit Diman yang disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PIK Bukit Diman bersama-sama PIK Kuala Kejir dan PIK Tengkawang mengenai Tip dan Teknik Mengambil Gambar Menggunakan Handphone kepada penduduk setempat. Sekarang semua orang mempunyai smartphone atau handphone tetapi masih ramai yang tidak tahu mengambil gambar dengan Teknik yang betul, jadi topik ini sangat-sangat berguna kepada penduduk setempat terutamanya usahawan agar mudah mengambil gambar produk dengan baik dan cantik.....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: TANDA KETAGIHAN DAN KESAN PENGGUNAAN GAJET KEPADA ANAK-ANAK

Aktiviti Terkini | 10 September 2021

Di musim pandemic Covid-19 ini, kita tahu kebanyakkan kanak-kanak atau anak-anak kebanyakkannya telah mempunyai gajet sendiri memandangkan sesi pembelajaran secara PDPR ini memang menggunakan 100% peranti atau gajet. Jadi, perkongsian kali ini dari kami Pusat Internet Komuniti (PIK) Bukit Diman dan bersama-sama PIK Kuala Kejir dan PIK Kg.Tengkawang telah memilih tajuk Tanda Ketagihan Dan Ketagihan Penggunaan Gajet Kepada anak-anak menerusi ‘Facebook Live Page” PIK Bukit Diman. Kami mengambil peluang ini untuk memberi sedikit sebanyak kesedaran kepada ibu bapa mengenai tanda ketagihan dan kesan penggunaan gajet kepada anak-anak agar ibu bapa boleh berhati-hati dan ibu bapa boleh mengawasi anak-anak agar tiada tanda ketagihan gajet....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: BICARA CANTAI BERSAMA USAHAWAN PUSAT INTERNET KOMUNITI (YUNN RAHIM)

Aktiviti Terkini | 14 Ogos 2021

Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PIK Bukit Diman di mana pihak PIK bersama usahawan terpilih untuk berkongsi cerita dan ilmu usahawan kepada penduduk setempat agar sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi semangat kepada penduduk setempat di samping usahawan dapat mengiklankan perkhidmatan yang beliau usahakan.....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: TIPS PENTING SEBELUM HADIR TEMUDUGA ‘ONLINE’ DALAM MUSIM PKP

Aktiviti Terkini | 6 Ogos 2021

Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PIK Bukit Diman di mana pihak PIK berkongsi berkenaan Tips Penting Sebelum Hadir Temuduga ‘Online’ dalam Musim PKP yang boleh dipraktikkan oleh penduduk setempat memandangkan sekarang pandemik Covid-19 belum lagi reda dan semua penduduk perlu mengikut dan membiasakan diri dengan kehidupan norma baru....baca selanjutnya

KELAS KEUSAHAWANAN SHOPEE SECARA ONLINE BERSAMA PIK KELANTAN

Aktiviti Terkini | 12 Julai 2021

Petugas PIK dapat belajar semua langkah berkaitan Shopee dari membuka akaun untuk menjadi penjual sehingga kepada bahagian pengeposan. Petugas PIK juga dapat belajar cara-cara untuk meningkatkan penjualan sesuatu produk dan dalam masa yang sama kami di beri tips untuk memastikan produk jualan sentiasa dalam setiap keyword carian di dalam Shopee....baca selanjutnya

POCKET TALK ONLINE BERSAMA PUSAT INTERNET KOMUNITI DI HULU TERENGGANU : CFM & TIPS KESELAMATAN SIBER ANJURAN CONSUMER FORUM MALAYSIA (CFM)

Aktiviti Terkini | 25 Jun 2021

Mengetahui peranan dan fungsi sebenar CFM. Merapatkan ukhwah di antara semua staff Pusat Internet Komuniti di Hulu Terengganu....baca selanjutnya

BACAAN YASSIN BERSAMA KOMUNITI ANJURAN PERPUSTAKAAN DESA BUKIT DIMAN

Aktiviti Terkini | 8 Mei 2021

Meraikan bulan yang mulia bulan Ramadhan Al-Mubarak....baca selanjutnya

JALINAN MESRA PAUTAN KASIH PPDK TENGKAWANG

Aktiviti Terkini | 10 April 2021

Meraikan ulang tahun anak-anak PDK yang bermula dari bulan Januari sehingga Mac....baca selanjutnya

LAWATAN KERJA KE PUSAT INTERNET KOMUNITI (PIK) KUALA BERANG DAN KAMPUNG TENGKAWANG, HULU TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 6 Mac 2021

Lawatan kerja oleh delegasi MCMC & Ahli parlimen Hulu Terengganu di samping memperkenalkan PIK kepada wakil rakyat tempatan dan Membantu usahawan untuk mengetengahkan produk....baca selanjutnya

PROGRAM VIDEO KELAS ICT SECARA ONLINE

Aktiviti Terkini | 6, 27 & 27 Februari 2021

Tutorial menggunakan google drive...baca selanjutnya

PROGRAM VIDEO KELAS ICT SECARA ONLINE

Aktiviti Terkini | 2,14& 22 Januari 2021

Tutorial asas adobe illustrator ...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti