SIARAN LANGSUNG: BICARA CANTAI BERSAMA USAHAWAN PUSAT INTERNET KOMUNITI (YUNN RAHIM)

Aktiviti terkini |14 Ogos 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Bukit Diman

Tujuan :
• Tujuan perkongsian ini adalah untuk membantu mengiklankan perkhidmatan yang disediakan oleh usahawan.
• Selain itu, perkongsian ini juga adalah untuk mengwar-warkan kepada penonton atau penduduk setempat mengenai perkhidmatan yang usahawan sediakan
• Dalam masa yang sama, perkongsian ini dapat memberi peluang kepada usahawan untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau terutamanya di dalam musim pandemic ini dan juga supaya dapat menarik minat anak muda untuk menceburi dalam bidang perniagaan ini.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• 9:30 petang: Persediaan tempat seperti ‘Streamyard’ dan ‘Facebook Page’
• 10:00 petang: Tayangan Live FB

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Menjadikan Pusat Internet Komuniti sebagai sumber untu mendapatkan idea bagi memulakan perniagaan dalam talian terutamanya bagi golongan muda.
• Selain itu, PIK juga ingin menggalakkan masyarakat memulakan perniagaan dalam talian kerana keuntungannya adalah lebih cepat dan mudah.
• Seterusnya, ia juga dapat memberi galakkan dan bimbingan kepada usahawan dalam mencari idea baru untuk mengiklankan produk mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :