INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti
Penduduk

Bilangan Penduduk : 900 orang
Lelaki : 437 orang
Perempuan : 463 orang

Rekreasi & Pelancongan
BELUKAR BUKIT

Lata belukar bukit adalah kawasan yang dimajukan dan popular di kalangan penduduk tempatan. Belukar bukit merupakan tempat perkelahan dan perkhemahan yang menarik. Alam semulajadi serta ketenangan dan kesejukan air menjadi tarikan utama ke kawasan ini. Kawasan perkelahan belukar bukit terletak 20km di selatan kuala berang.


HUTAN LIPUR SEKAYU

Hutan Lipur Sekayu atau lebih dikenali juga dengan Air Terjun Sekayu terletak di dalam kawasan hutan simpanan Hulu Terengganu Tambahan. Ia berada di dalam daerah Hulu Terengganu, Terengganu, 16 kilometer dari pekan Kuala Berang dan 56 kilometer dari bandar Kuala Terengganu. Kawasan ini boleh dicapai melalui persimpangan Ajil Lebuh Raya Pantai Timur.


TASIK KENYIR

Tasik Kenyir merupakan destinasi pelancongan yang amat terkenal di Negeri Terengganu. Tasik Kenyir juga adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara yang terbina hasil pembinaan Empangan Kenyir pada tahun 1985.

Tasik Kenyir terletak di Kawasan Barat Daerah Hulu Terengganu, kira-kira 55 km dari Bandar Kuala Terengganu. Keluasan kawasan Tasik Kenyir ialah 260,000 hektar. Di Tasik Kenyir juga terdapat 340 buah pulau yang pada asalnya ialah kemuncak bukit yang tidak ditenggelami air.

Tasik Kenyir juga terkenal sebagai destinasi pelancongan dunia. Keindahan alam semulajadinya yang terdiri daripada tasik, jeram, air terjun, sungai yang kaya dengan spesies ikan air tawar, banjaran bukit, gunung, gua, hutan yang diliputi flora & fauna eksotik menjadi khazanah yang sangat bernilai untuk diterokai. 

Kemudahan Awam
WARUNG AMILIN, KG BUKIT KOLAM

- Pengusaha : Sabril Aman Ismail (Pok Yie)
- Warung Ammilin terkenal dengan Masakan Kampung. Pelbagai hidangan yang disediakan bagi memenuhi selara pengunjung dan terkenal dengan masakan Ikan baun masak tempoyak.


THE BEAN’S ORIGINAL CAFE

Tarikan utama The Bean’s Original Café adalah masakan Western Food. Selain itu terdapat juga hidangan masakan tempatan yang disediakan. Kedudukan kendai yang strategik menarik perhatian pengunjung.


WARUNG D’RIMBA WESTERNFOOD

Warung D’rimba Westernfood merupakan warung terbaru dibuka di sekitar pekan ajil.Semua menu di warung ini berasaskan Western Food.Warung ini dibuka pada hari Selasa-Ahad (Isnin Tutup).Waktu operasi 4.00 petang hingga 10.30 malam.

KEDAI MAKAN ZAHARAH & ARWIN

Menyediakan masakan panas dan membuat roti canai.

Pendidikan
SOS PENCICAH AHRAN

- Nama :Azlina Bt Mohamad
- No tel : 016-9391021
- Alamat : 329-A KG BUKIT JABAR,BUKIT DIMAN,21800 AJIL TERENGGANU
- Laman sesawang : https://www.facebook.com/profile.php?id=100007426787782


WANJA KREATIF ENTERPRISE

- Nama :Wan Omar b. Wan Mansor
- No Telefon :017-9713627 / 012-9525233
- Alamat : 122-I , Jalan Padang Bola, Kg Bukit Diman, 21800 Ajil
- Alamat email :wanjajakreatif@gmail.com
- Produk yang dipasarkan :senjata ukiran halus tradisional, rehal, kraftangan
- Mula berniaga : 02 April 2008
- Website :www.facebook.com.my/wanjajakreatif & www.facebook.com.my/pages/wanjajakreatif


SUZI HASSAN COLLECTION & SUZI HASSAN BRIDAL

- Nama :Wan Rosyani Bt Wan Hasan
- No Telefon :013-6911124 / 013-6193244
- Alamat :No 81-a Kg Bukit Diman 21800 Ajil Hulu Terengganu
- Alamat Email :wrosyaniwhasan@gmail.com
- Produk Yang Dipasarkan :Jahitan Pakaian,pakej Perkahwinan
- Mula Berniaga :4 Jan 2012
- Website :www.facebook.com.my/Suzihassan.Bridal & www.facebook.com.my/Pages/Suzi-hassan-collections

Kisah Kejayaan
Nama : Nor Muslimah Binti Abdullah
Alamat : Kg Lerek, Bukit Diman, Ajil Terengganu
No. Telefon : 019-9622868
Tahun menjadi Ahli NADI : 2018

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI :
Pn. Muslimah adalah seorang peniaga makanan moden dan makanan tradisional di Kampung Lerek, Bukit Diman. Sebelum ini Nor Muslimah kurang mahir dalam penggunaan komputer dan menjalankan perniagaan secara online

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI :
Selepas Nor Muslimah banyak menghadiri kelas dan mendapat tunjuk ajar dari pihak Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bukit Diman, hasil jualan beliau makin meningkat dan dikenali oleh penduduk kampung setempat.




Nama : Muhammad Bin Sulong
Alamat : Kg Bukit Jabar, Bukit Diman, Ajil Terengganu
Umur : 65 tahun
Tahun menjadi Ahli NADI : 2013

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI :
En Muhammad Bin Sulong memegang jawatan sebagai J3K di Kampung Bukit Jabar. Beliau banyak terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan dan sosial demi membantu warga Kg. Bukit Jabar. Beliau banyak membantu membuat kerja kerja rasmi dan tidak rasmi seperti membuat surat ,menghantar jemputan dan hebahan melalui surat, facebook dan whatapps kepada warga kampung.
Sebelum ini En Muhammad banyak menggunakan perkhidmtan di NADI Bukit Diman dalam melancarkan tugasannya sebagai seorang J3K. En Muhammad banyak mengikuti program di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) seperti program menaip, kelas usahawan bagi menambahkan ilmu pengetahuan dan memperbaiki kelemahan diri. Beliau banyak mendapat khidmat nasihat dari Pengurus dan Pen Pengurus pusat internet dalam merangka surat rasmi dan poster hebahan kepada penduduk kampong.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI :
Selepas En Mohammad banyak mengikuti kelas dan tunjuk ajar dengan Pengurus dan Pen Pengurus di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi), beliau semakin mahir dalam membuat surat dan hebahan kepada penduduk kampong.

Keusahawanan




FACEBOOK : maziani saad mua henna

FACEBOOK : henna artist Terengganu

FACEBOOK PAGES : maziani saad mua, henna & cenderahati

BLOG : http://butikisziey.blogspot.my/















PROFIL USAHAWAN
NAMA PERNIAGAAN:ASLIZA BINTI JUSOH
NO PENDAFTAR: TR0145247-U
DI DAFTARKAN PADA:8 APRIL 2016
JENIS PERNIAGAAN:PESENDIRIAN SDN BHD
DIMILIKI OLEH :ASLIZA BT JUSOH
NO/HP :016-4425572
FACEBOOK:ASLIZA JUSOH
FACEBOOK PAGE:https://www.facebook.com/TeriangganoBatik/?fref=ts
BLOG:http://teriangganobatik.blogspot.my/
INSTAGRAM:TERIANGGANOBATIK

LATAR BELAKANG
Terianggano adalah nama asal Terengganu sekarang lening..ia tertulis di Batu Bersurat yang dijumpai di Kuala Berang...jd molek benor batik yang ja jual adalah ownernyer merupakan anak jati kuala terengganu yang tinggal kuala berang.
TERIANGGANO BATIK merupakan perusahaan batik yang berlesen dan diusahakan pada mulanya dari rumah ke rumah seterusnya jualan secara onlne. Minat yang mendalam terdapat kain sutera dan batik mmendorong saya untuk menjadikan perniagaan ini terus berkembang.
TERIANGGANO BATIK tidak hanya fokus pada satu pengeluar batik sahaja.Antara pengeluar-pengeluar batik popular di Terengganu seperti Desa Murni,Noor Alfa,Pasar Kedai Payang,Persendirian dan sebagainya turut menjaadi pilihan kami untuk dijual.Kami memilih design-design batik yang terkini dan mempunyai kualiti yang baik disamping corak yang menarik untuk dijual kepada pelanggan.
KAMI MENJUAL SECARA BORONG DAN RUNCIT BAGI PELBAGAI JENIS SUTERA,KAFTAN,BATIK COTTON DAN KEMEJA LELAKI.UNTUK SEBARANG TEMPAHAN BAJU KOPORAT,KERAIAN,SEDONDON,ATAU PERSENDIRIAN BOLEH DIBUAT TERUS MELALUI AKUAN FACEBOOK ATAUPUN TELEPON TERUS KE NOMBOR 016-4425572 (ASLIZA).

PRODUK
TerkiniSatin Crepe– paling mahal memberikan efek sutera satin di satu permukaan kain dan efek crepe di sebelah permukaan lagi satu. Kedua-dua belah muka kain boleh dipakai utk dibuat baju.
Crepe– kedua mahal. Kain sejuk, nipis, lembut beralun tapi tak perlu kain alas.
Scifon– seperti crepe tapi lebih nipis, kadangkala perlu alas jika warna lembut.
Jacquard– kain sutera bercorak timbul. Kain lembut beralun tak perlu alas.
Sutera satin– seperti jacquard tapi tanpa/sedikit corak timbul.
Satin– licin berkilat.
Rayon– seperti sutera tapi kain agak keras. Harganya agak murah kerana kualiti kain yang agak rendah.
Fuji– seperti cotton, tapi sedikit berkilat. Amat selesa untuk pakaian santai tapi tidak sesuai untuk pakaian kerja atau menghadiri majlis.

FB PAGES
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/TeriangganoBatik/?fref=ts


BLOG
FACEBOOK PAGE : http://teriangganobatik.blogspot.my/


GAMBAR PRODUK

Material exclusive crepe

Batik kemaja satin

Cotton Batik

Cotton Batik




PROFIL USAHAWAN
NAMA PERNIAGAAN:NURUL FARAHAH BT AZIZ
JENIS PERNIAGAAN:MENJUAL & MENERIMA TEMPAHAN MEMBUAT KEK & PASTRI
NO/HP :013-9426054
FACEBOOK: https://www.facebook.com/nurul.farahah.94

PRODUK

Kek Batik & Coklat Moist

Red Velvet Cheese Frosting

Red Velvet

Trifle Puding