Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Bukit Diman ini terletak kira – kira 16.8km daripada Bandar Kuala Berang.Berada dalam mukim Penghulu Diman. Mengikut cerita orang-orang lama (tua) yang tinggal di kampung ini, ada 3 orang perantau yang berasal dari Pahang yang diketuai oleh Pak Diman. Pak Diman bersama dua orang pembantunya membuka tanah baru di kawasan ini yang ketika itu belum mempunyai nama. Tanah yang diusahakan oleh Pak Diman ialah tanah yang berbukit-bukau. Di tempat tersebut, beliau telah mendirikan pondok tempat berteduh dan menanam pokok buah-buahan serta padi. Pak diman merupakan seorang yang berilmu, baik hati, suka menolong orang kampung dan sebagainya. Orang kampung mula mempercayai Pak Diman kerana kebaikan dan ketulusan hatinya, lalu melantik beliau sebagai ketua di kampung ini. Bagi memberi penghormatan kepada beliau, orang kampung bersepakat menamakan kampung ini sempena nama pak diman , oleh kerana Pak Diman membuka tanah yang berbukit-bukau jadi nama kampung ini di gelar sebagai Kampung Bukit Diman. Dan nama ini kekal sehingga sekarang.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


HARI BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 15 Disember 2018

Hari Bersama Komuniti cukup penting kerana bagi memperkenalkan dan mempromosikan perkhidmatan pusat internet kepada komuniti setempat dengan mendekatkan diri dengan masyarakat. Antara aktiviti yang diadakan adalah permainan atas talian, Klik Dengan Bijak, program usahawan dan pertandingan masakan.....baca selanjutnya

KELAS KEUSAHAWANAN BERSAMA TUPPERWARE

Aktiviti Terkini | 17 November 2018

Kelas bersama tupperware ini membuka peluang kepada penduduk setempat untuk menjana pendapatan bersama tupperware dan menarik minat penduduk kampung terutamanya surirumah agar mempunyai pendapatan sampingan.....baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

KELAS ZUMBA BERSEMPANA HARI SUKAN NEGARA

Aktiviti Terkini | 17 Oktober 2018

Program zumba diadakan dengan kerjasama Pusat Internet dan Perpustakaan Awam Bukit Diman bersempena dengan Hari Sukan Negara...baca selanjutnya

AKTIVITI GOTONG-ROYONG MEMBUAT BUBUR ASSYURA BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG

Aktiviti Terkini | 03 Oktober 2018

Kg Bukit Jabar menganjurkan aktiviti membuat bubur assyura bersempena bulan Muharrram....baca selanjutnya

KELAS USAHAWAN : ASAS FOTOGRAFI FLAT LAY

Aktiviti Terkini | 29 September 2018

Pusat Internet menganjurkan kelas untuk membantu usahawan tempatan dengan mengajar kelas asas photografy flat lay supaya mereka dapat mempromosikan produk mereka secara online...baca selanjutnya

PROGRAM TAUTAN KOMUNITI KUALA BERANG BERSAMA TNB

Aktiviti Terkini | 08 September 2018

Aktiviti sukaneka dan pelbagai pertandingan untuk golongan kanak-kanak, remaja dan orang dewasa yang dianjurkan oleh TNB kepada penduduk kampung setempat...baca selanjutnya

SEMANGAT MERDEKA

Aktiviti Terkini | 18 Ogos 2018

Aktiviti Kemerdekaan Yang Dijalankan Sempena Dengan Bulan Kemerdekaan di Pusat Interenet Bukit Diman...baca selanjutnya

SHOOT VIDEO LIVE UNTUK MENARIK DI HULU TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 03 Ogos 2018

Aktiviti pertandingan memasak yang dihadiri oleh belia, Persatuan Wanita, NGO dan Pusat Internet Hulu Terengganu bertujuan untuk mempromosikan pasaraya Xiri Kuala Berang dan merapatkan hubungan dengan golongan belia dan wanita di Hulu Terengganu...baca selanjutnya

RIANG RIA RAYA BERSAMA PI BUKIT DIMAN

Aktiviti Terkini | 07 Julai 2018

Aktiviti bersama ahli Pusat Internet yang aktif beserta warga sekitar untuk menghargai kesetiaan mereka bersama Pusat Internet Bukit Diman...baca selanjutnya

PESONA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 09 Jun 2018

Aktiviti ini untuk memberi pendedahan tentang cara-cara asas solekan yang betul dan pemakaian shawl mengikut trend terkini...baca selanjutnya

PROGRAM BACAAN YAASIN BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG SEKITAR BUKIT DIMAN

Aktiviti Terkini | 06 Jun 2018

Program bacaan yaasin diadakan bersempena dengan meraikan bulan Ramadhan dan Nuzul Al-Quran yang jatuh pada bulan Ramadan...baca selanjutnya

VIDEO KLUSTER - USAHAWAN BARANGAN VANTAGE

Aktiviti Terkini | 07 Mei 2018

Aktiviti ini adalah untuk menjalankan pengambaran video usahawan yang menjalankan perniagaan barangan vantage di rumah usahawan Padang Setengge, Kuala Berang...baca selanjutnya

VIDEO KLUSTER - LANDAK

Aktiviti Terkini | 05 Mei 2018

Aktiviti ini adalah untuk merakam dan menemuramah usahawan tentang hidupan landak, cara hidup, cara penjagaaan, harga landak di pasaran, cabaran bisnes landak dan harapan usahawan di masa hadapan....baca selanjutnya

BUSSINESS MARKETING PLANNING

Aktiviti Terkini | 21 April 2018

Program ini adalah untuk memberi penerangan tentang cara-cara hendak merancang perniagaan dengan cara yang betul dan berkesan...baca selanjutnya

EKSPO PEMBANGUNAN HULU TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 20 April 2018

Program ini melibatkan pelbagai pameran dan persembahan dari agensi kerajaan, swasta dan usahawan tempatan untuk memberi pendedahan tentang peranan dan tugas sesebuah agensi dan promosi usahawan di bawah agensi kerajaan...baca selanjutnya

VIDEO KLUSTER : PROMOSI KEDAI MAKAN USAHAWAN

Aktiviti Terkini | 15 April 2018

Tujuan video kluster ini adalah bertujuan untuk mempromosikan kedai dan menu utama di gerai paeh leleh kepada warga setempat dan warga luar desa...baca selanjutnya

JELAJAH SEBENARNYA.MY - FORUM BICARA PERDANA BERITA PALSU MUSUH NEGARA

Aktiviti Terkini | 13 April 2018

Ceramah agama berkaitan dengan tujuan mendidik masyarakat tentang kepentingan dalam memilih berita, dan mengesahkan kandungan maklumat sebelum berkongsi. Fokus adalah kepada aktiviti Forum Bicara Perdana dengan topik “Berita Palsu Musuh Negara” yang akanmembariskan penceramah-penceramah selebriti tersohor seperti Sohibus Somahah Ustadz Dato’ Dr Mohd Izhar serta Ustadz Zakaria Othman yang akan berganding bahu mengupas lanjut topik tersebut. Forum akan turut diserikan lagi dengan kehadiran Ahli Parlimen Hulu Terengganu yang kita sanjungidan sayangi merangkap Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, iaitu Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Jailani bin Johari, yang akan turut menyampaikan amanat beliau....baca selanjutnya

MALAM SEJATI MELAYU BERSAMA DENDANG ANAK

Aktiviti Terkini | 16 Mac 2018

Program bersama komuniti yang mellibatkan aktiviti dan seni persembahan kebudayaan. Kumpulan Dendang Anak mempersembahkan seni budaya “Tradisional Masyarakat Melayu” yang terletak di perkampungan Jenagor Kuala Berang. Kluster Hulu Terengganu turut diundang untuk menjalakan rakaman video persembahan Dendang Anak....baca selanjutnya

PROJEK INOVASI SISTEM REKOD PENDATAAN

Aktiviti Terkini | 14 & 26 Februari 2018

Taklimat Projek Inovasi Sistem Rekod Pendataan Point Polis diadakan di Hulu Terengganu bertujuan membantu pihak polis menggantikan sistem lama yang merekod data menggunakan buku di check point khas kepada sistem aplikasi scan barkod...baca selanjutnya

KURSUS FOTOGRAFI MYNIC

Aktiviti Terkini | 10 & 24 Februari 2018

Kursus ini adalah anjuran pejabat Parlimen untuk membantu usahawan tempatan dan individu mencari pendapatan lebih melalui aktiviti fotografi...baca selanjutnya

MINI KARNIVAL USAHAWAN DESA HULU TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 27 Januari 2018

Karnival ini diadakan untuk semua usahawan PI1M dan usahawan luar mempromosikan produk masing-masing kepada orang ramai...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti