JELAJAH SEBENARNYA.MY - FORUM BICARA PERDANA BERITA PALSU MUSUH NEGARA

Aktiviti terkini | 13 April 2018

Tempat Aktiviti:
Dewan Sivik Ajil Hulu Terengganu

Ringkasan Aktiviti :
Ceramah agama berkaitan dengan tujuan mendidik masyarakat tentang kepentingan dalam memilih berita, dan mengesahkan kandungan maklumat sebelum berkongsi. Fokus adalah kepada aktiviti Forum Bicara Perdana dengan topik “Berita Palsu Musuh Negara” yang akanmembariskan penceramah-penceramah selebriti tersohor seperti Sohibus Somahah Ustadz Dato’ Dr Mohd Izhar serta Ustadz Zakaria Othman yang akan berganding bahu mengupas lanjut topik tersebut. Forum akan turut diserikan lagi dengan kehadiran Ahli Parlimen Hulu Terengganu yang kita sanjungidan sayangi merangkap Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, iaitu Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Jailani bin Johari, yang akan turut menyampaikan amanat beliau.

Tujuan :
• Memberi pendedahan tentang bahayanya berita palsu kalau disebarkan tanpa usul periksa.
• Program ini bertujuan merapatkan semangat silaturahim antara komuniti setempat.
• Program ini memberi pendedahan kepada komuniti tentang kewujudan portal untuk menyemak kesahihan maklumat yang diterima sebelum.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :