PROGRAM : KELAS ASAS PHONE-GRAPHY DAN CUPCUT VIDEO EDITING

Aktiviti terkini |10 Disember 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Kg.Tengkawang

Ringkasan Aktiviti :
• Program Kelas Asas “Phone-Graphy’ dan “Cupcut” Video editing telah melibatkan seramai 11 orang peserta dari komuniti setempat.
• Selain daripada kelas video editing dan photo editing, program ini juga di mulakan dengan kelas belajar memasak pemanis mulut Buko.
• Antara PEDi yang terlibat di dalam program ini ialah, PEDi Kg.Tengkawang, PEDi Bukit Diman dan PEDi Kuala Kejir.


Tujuan :
• PEDi Membantu mempertingkatkan tahap sosio-ekonomi tempatan melalui pendedahan mengenai skop ekonomi digital yang luas bersama PEDi;
• Komuniti tempatan akan dapat mengenali lebih dekat mengenai fungsi PEDi serta meneroka peluang bersama.
• Untuk menambahkan ilmu di kalangan usahawan sekitar Hulu Terengganu
• Meningkatkan kemahiran dalam bidang keusahawanan
• Menggalakkan program keusahawanan komuniti dari pelbagai peringkat umur .
• Memperkenalkan fungsi PEDi kepada usahawan

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• 09.30 am: Pendaftaran kehadiran
• 10.00 am: Demo Kelas Masakan Buko
• 11.30 am : Kelas “Phone-Graphy” dan “Cupcut” video editing
• 02.00 pm : Sesi Gambar
• Jamuan Makan Tengah Hari
• Bersurai

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Dapat membantu usahawan memperkembangkan jenis perniagaan.
• Dapat membantu usahawan meningkatkan lagi ilmu mengambil gambar, ‘edit’ gambar dan ‘edit’ video dengan lebih mudah, cepat dan bagus.
• Dapat mempromosikan dan memperkenalkan PEDi kepada penduduk setempat agar penduduk dapat mengetahui kewujudan PEDi ini serta tujuan dan kelebihannya terhadap penduduk setempat.
• Program ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara komuniti dan masyarakat.
• Dapat memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai fungsi dan peranan pusat internet kepada komuniti setempat.


Nama VIP :


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :