PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT

Aktiviti terkini |21 April 2022

Tempat Aktiviti:
PERPUSTAKAAN AWAM KUALA BERANG

Ringkasan Aktiviti :
• Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Diman bersama-sama PEDi Tok Randok telah di jemput untuk turut serta Program Baca Bersama 10 minit pada 21 April 2022 bersempena bulan membaca seluruh negara.
• Program ini telah di rasmikan oleh Pengarah Politeknik Hulu Terengganu dan telah melibatkan pelajar Politeknik Hulu Terengganu dan juga pelajar maahad tahfiz.
• Dalam ini juga turut di hadiri oleh penulis novelis Farah Darianna yang telah berkongsi sedikit sebanyak perjalanan seorang penulis novel.


Tujuan :
• Menyemai jiwa membaca kepada semua rakyat Malaysia.
• Menekankan bahawa membaca ini adalah amalan mulia.
• Menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk terus membaca bahan ilmiah samada secara fizikal atau secara elektronik.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• 8.30pagi :Pendaftaran keahlian perpustakaan dan ketibaan peserta jemputan.
• 9.00 – 10.00 pagi : Pertandingan Mewarna Dewasa.
• 10.00 -10.50 pagi : Program Bicara Buku.
• 10.45 pagi : Ketibaan Yang Berbahagia Encik Azahan bin Haji Daud,Pengarah Politeknik Hulu Terengganu.
• 11.00 – 11.10 pagi: Jom Baca Bersama 10 minit (Hadirin membaca bersama serentak bersama dengan Yang Berbahagia Encik Azahan bin Daud, Pengarah Politeknik Hulu Terengganu).


Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Dapat menerapkan nilai membaca di dalam diri pelajar.
• Dapat mengeratkan silaturahim antara pelajar politeknik dan perpustakaan awam.
• Menjadikan satu budaya membaca di kalangan para pelajar dan komuniti setempat.
• Memberi kesedaran serta memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia.


Nama VIP :
• Yang Berbahagia Encik Azahan Bin Haji Daud. Pengarah Politeknik Hulu Terengganu .


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :