PROGRAM PEMERKASAAN PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA (PEDI) NEGERI TERENGGANU 2022

Aktiviti terkini |13 & 14 Jun 2022

Tempat Aktiviti:
Dewan Binjai, Hotel Sri Malaysia Kuala Terengganu.

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai hala tuju dan pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang dijalankan oleh MCMC dan pelbagai agensi di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Negeri Terengganu.


Tujuan :
• Untuk menjelaskan dan menyelaraskam pelaporan KPI baru kepada semua staff PEDi.
• Untuk mendedahkan mengenai hala tuju PEDi pada amsa hadapan.
• Untuk terus memacukan pertumbuhan industri e-dagang & sosioekonomi di setiap PEDi dengan melakukan kerjasama bersama dengan pelbagai egensi lain.
• Untuk menyalurkan maklumat mengenai teknologi digital, alatan dan program-program kemahiran bagi membantu komuniti setempat dalam menyesuaikan diri dengan teknologi digital seterusnya dapat meningkatkan mata pencarian, menjana pendapatan tambahan dan mengembangkan lagi perniagaan.
• Untuk memperluaskan lagi capaian program-program digital kepada komuniti serta memanfaatkan PEDi sedia ada.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• 13.06.2022 ( ISNIN)
• 08.30 pagi – 09.00 pagi : Pendaftaran.
• 9:00 pagi – 9:10 pagi : Ucapan Alu-aluan Tuan Haji Roslan Mohamad Ketua, Bahagian Transformasi dan Koordinasi Negeri, MCMC
• 9:20 pagi – 10:20 pagi: Sesi 1: Taklimat Pengukuhan Aktiviti e-Dagang.
• 10:30 pagi – 11:30 pagi: Sesi 2: Taklimat Transformasi & Hala Tuju PEDi 2022.
• 11:30 pagi – 12:30 t/hari : Sesi 3: Inisiatif Memperkasa Usahawan Bagi Memacu Ekonomi Digital.
• 12:30 t/hari – 2:00 petang : Makan Tengahari, Daftar Masuk Hotel & Solat
• 2:00 petang – 3:00 petang: Sesi 4: Mempertingkat Kredibiliti Melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) / EZBIZ Online.
• 3:00 petang – 4:00 petang : Sesi 5: Menyuntik Harapan Untuk Melangkah Lebih Jauh.
• 4:10 petang – 5:10 petang : Sesi 6: Usahawan Digital 101.
• 5:10 petang – 8:30 malam: Pengurusan Diri, Solat & Makan Malam.
• 8:30 malam – 10:00 malam: Sesi 7: Perkongsian Kisah Kejayaan Ikon e-Usahawan.
• 14.06.2022 (SELASA)
• 7:30 pagi – 8:55 pagi : Sarapan
• 9:00 pagi – 10:00 pagi: Sesi 8: Mudahnya Berniaga Bersama Shopee.
• 10:15 pagi – 11:30 pagi: Sesi 9: Penyelarasan Pelaporan KPI.
• 11:30 pagi – 11:45 t/hari: Ucapan Penutup
• 11:45 pagi – 12:00 t/hari: Sesi bergambar
• 12:00 t/hari – 2:00 petang: Makan Tengahari & Daftar Keluar Hotel.


Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Dapat Memahami secara jelas KPI PEDi.
• Dapat memahami dan objektif hala tuju PEDi dengan jelas.
• Dapat mengenalpasti konsep yang sebenar untuk terus membantu usahawan komuniti yang ada.
• Dapat memahami konsep e-dagang dengan jelas untuk usahawan komuniti.
• Memahami setiap peranan setiap agensi-agensi yang terlibat dalam membantu usahwan yang ada di negara ini.


Nama VIP :
• Tuan Haji Roslan Mohamad Ketua, Bahagian Transformasi dan Koordinasi Negeri, MCMC
• Cik Azhani Hj. As’ad Timbalan Pengarah, Jabatan e-Dagang, MCMC
• Tuan Haji Bukhari Yahya Ketua, Bahagian Pembangunan & Pengurusan Komuniti, MCMC
• Tn. Haji Zahari Ismail Pengarah Negeri, MCMC Terengganu

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :