PROGRAM : PROGRAM KUTIPAN E-WASTE BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR DAN SYARIKAT KT WAN

Aktiviti terkini |3 September 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Bukit Diman

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini telah diadakan di PEDi Bukit Diman dengan Kerjasama Jabatan Alam Sekitar dan juga syarikat KT Wan yang merupakan ajen pengutipan barang-barang elektrik terpakai.
• Selain itu juga program ini juga turut di bantu oleh Perpustakaan Desa Bukit Diman, JPKK Kg.Bukit Diman,JPKK Tok Randok dan juga semua PEDi dibawah seliaan Digi bagi daerah Hulu Terengganu.


Tujuan :
• Meningkatkan kesedaran orang awam akan tanggungjawab terhadap pengurusan buangan e-waste dengan cara yang selamat dan mesra alam
• Memastikan buangan e-waste diuruskan dengan cara yang mesra alam mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
• Jalinan kerjasama antara PEDi dan komuniti setempat.
• Menberi kesedaran kepada komuniti setempat mengenai kepentingan tentang pembuangan dan pelupusan barangan elektrik dan elektronik dengan baik.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• 09.30 am: Pihak Syarikat KT Wan sampai dan membuat persediaan tempat.
• 10.00am : Komuniti setempat hadir menghantar barang-barang untuk tujuan pelupusan secara berperingkat.
• 12.30am : Program tamat


Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Menjadikan PEDi sebagai sumber informasi kepada penduduk setempat. • Memberi kesedaran terhadap keburukan ke atas alam sekitar dan juga kesihatan sekiranya kita melakukan pembuangan barangan elektrik dan elektronik secara salah.
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
• Memberi pendedahan agar masyarakat setempat tahu keburukan sekiranya barangan elektrik dan elektronik tidak di uruskan dengan betul.
• Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan tahu kandungan media baru (Bijak Internet).


Nama VIP :


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :