Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Bukit Diman ini terletak kira – kira 16.8km daripada Bandar Kuala Berang.Berada dalam mukim Penghulu Diman. Mengikut cerita orang-orang lama (tua) yang tinggal di kampung ini, ada 3 orang perantau yang berasal dari Pahang yang diketuai oleh Pak Diman. Pak Diman bersama dua orang pembantunya membuka tanah baru di kawasan ini yang ketika itu belum mempunyai nama. Tanah yang diusahakan oleh Pak Diman ialah tanah yang berbukit-bukau. Di tempat tersebut, beliau telah mendirikan pondok tempat berteduh dan menanam pokok buah-buahan serta padi. Pak diman merupakan seorang yang berilmu, baik hati, suka menolong orang kampung dan sebagainya. Orang kampung mula mempercayai Pak Diman kerana kebaikan dan ketulusan hatinya, lalu melantik beliau sebagai ketua di kampung ini. Bagi memberi penghormatan kepada beliau, orang kampung bersepakat menamakan kampung ini sempena nama pak diman , oleh kerana Pak Diman membuka tanah yang berbukit-bukau jadi nama kampung ini di gelar sebagai Kampung Bukit Diman. Dan nama ini kekal sehingga sekarang.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022


PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT

Aktiviti Terkini | 21 April 2022

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Diman bersama-sama PEDi Tok Randok telah di jemput untuk turut serta Program Baca Bersama 10 minit pada 21 April 2022 bersempena bulan membaca seluruh negara. Program ini telah di rasmikan oleh Pengarah Politeknik Hulu Terengganu dan telah melibatkan pelajar Politeknik Hulu Terengganu dan juga pelajar maahad tahfiz. Dalam ini juga turut di hadiri oleh penulis novelis Farah Darianna yang telah berkongsi sedikit sebanyak perjalanan seorang penulis novel.....baca selanjutnya

MAJLIS IFTAR BERSAMA YB TAN SRI DATUK SERI PADUKA TPR.ANNUAR HAJI MUSA MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

Aktiviti Terkini | 9 April 2022

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Diman bersama-sama semua PEDi di Terengganu telah di jemput untuk menghadiri majlis iftar bersama Menteri komunikasi dan multimedia di Hotel Raia Kuala Terengganu, Terengganu pada 09 April 2022. Majlis Iftar tersebut turut di hadiri oleh YBhg Dato’ Dr Fadhlullah Suhaimi Badul Malek selaku Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia,Tuan Haji Zahari Bin Ismail selaku Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia negeri Terengganu, Pengarah Pejabat Penerangan Negeri Terengganu, wakil dari Bernama, pelajar-pelajar tahfiz dan juga ramai lagi....baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE : LAMAN WEB KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 20 Mac 2022

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Diman bersama-sama PEDi Kuala kejir dan PEDi Kg.Tengkawang telah mengadakan perkongsian ringkas mengenai Laman Web Klik Dengan Bijak(KDB) yang telah ditubuhkan pada tahun 2020....baca selanjutnya

TIP PENJAGAAN GIGI DI ATAS TALIAN

Aktiviti Terkini | 23 Februari 2022

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Diman bersama-sama PEDi Kuala kejir dan PEDi Kg.Tengkawang telah mengadakan perkongsian ringkas mengenai Tips Penjagaan Gigi memandangkan tidak ramai yang mengambil serius mengenai penjagaan gigi....baca selanjutnya

PERKHIDMATAN MOBILE TEAM KWSP

Aktiviti Terkini | 25 Januari 2022

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Diman bersama-sama Perpustakaan Desa Bukit Diman telah menerima kunjungan program daripada pihak Mobile Team KWSP dari Kuala Terengganu untuk memberi kemudahan kepada komuniti setempat dan juga komuniti berdekatan menggunakan perkhidmatan KWSP yang telah dibuka pada hari tersebut di Perpustakaan Desa Bukit Diman....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti