KELAS ICT – MEMBUAT RESUME DENGAN APLIKASI CANVA

Aktiviti terkini |7 Mei 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Bukit Diman

Ringkasan Aktiviti :
• Kelas ini di jalankan di bilik training NADI Bukit Diman.
• Sebelum memulakan kelas secara praktikal, pengenalan canva kepada peserta di berikan oleh kakitangan NADI Bukit Diman

Tujuan :
• Program ini dijalankan bertujuan mengajar pelajar proses merangka resume, pelajar perlu memikirkan secara kritis tentang bagaimana menyampaikan maklumat tentang kelayakan, pengalaman, dan kemahiran mereka secara ringkas dan jelas. Ini membantu meningkatkan kemahiran komunikasi mereka.
• Selain itu, pembuatan resume menggunakan Canva dapat memperkenalkan konsep-konsep profesionalisme kepada pelajar, termasuk penggunaan bahasa yang sesuai, pemformatan yang betul, dan menyampaikan maklumat dengan jelas

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Penerangan mengenai Aplikasi Canva
• Pembelajaran bermula
• Pelajar mula membuat resume sendiri dengan di bantu oleh kakitangan NADI Bukit Diman.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Penggunaan Canva akan membantu pelajar mengembangkan kemahiran reka bentuk secara praktikal.
• Pelajar dapat menggabungkan kreativiti mereka dalam reka bentuk resume dengan fleksibiliti Canva.
• Mereka boleh menyesuaikan templat, mengubah warna, jenis huruf, dan menambah elemen grafik atau gambar yang sesuai.
• Melalui penggunaan Canva, pelajar akan mendapat pengalaman praktikal dalam menghasilkan rekaan yang berkualiti.


Nama VIP :
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :