KELAS E-LEARNING – MAXIS E-KELAS (BENGKEL DALAM TALIAN MISI JELAJAH 2024)

Aktiviti terkini |19 September 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Bukit Diman

Ringkasan Aktiviti :
• Kelas ini telah dibimbing oleh tenaga pengajar yang berpengalaman.
• Untuk Kelas kali ini pelajar telah di ajar mengenai cara membuat poster yang kreatif hanya dengan menggunakan google slide.
• Tenaga pengajar telah memberi bimbingan secara teori dan praktikal kepada pelajar dan pelajar di minta membuat poster yang ringkas dan kreatif sebelum di beri peluang untuk membentangkan hasil kerja mereka.

Tujuan :
• Tujuan kelas ini adakah untuk menyediakan pelajar sekolah rendah dan menengah dengan akses kepada pembelajaran digital yang inovatif dan interaktif. Ia dapat meningkatkan kefahaman dan prestasi pelajar dalam subjek-subjek teras, sambil memupuk kemahiran abad ke-21.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah.
• Penerangan mengenai penggunaan Google Slide.
• Peserta perlu menyiapkan poster dengan menggunakan Google Slide sebelum tenaga pengajar memberi peluang kepada pelajar untuk membuat perbentangan mengenai poster yang telah pelajar hasilkan.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Pelajar dijalankan melalui projek-projek pembelajaran berasaskan realiti yang menguji pemikiran kritis, kreativiti, dan keupayaan menyelesaikan masalah. Ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman terhadap konsep pembelajaran melalui pengalaman praktikal.
• Pelajar belajar bagaimana menggunakan elemen visual seperti gambar, grafik, dan animasi dalam Google Slides untuk menyampaikan maklumat dengan lebih jelas dan menarik. Ini membantu mereka mengembangkan kemahiran menyampaikan idea secara visual.
• Penggunaan Google Slides membolehkan pelajar menggunakan pelbagai template, fon, warna, dan elemen kreatif lain untuk mempersembahkan maklumat dengan lebih menarik. Ini memberi ruang untuk ekspresi kreatif dalam penyampaian maklumat.

Nama VIP :
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :