PROGRAM CYBER S.A.F.E @ SCHOOL DI SK MATANG

Aktiviti terkini |24 Oktober 2023

Tempat Aktiviti:
BILIK AKSES SK MATANG

Ringkasan Aktiviti :
• Program Cyber S.A.F.E @ SK Matang ini adalah satu inisiatif untuk memberi kesedaran kepada murid sekolah mengenai kesedaran keselamatan siber yang telah dianjurkan oleh PEDi Bukit Diman.
• Program ini telah melibatkan seramai 75 peserta daripada murid-murid tahap dua sekolah SK Matang bersama-sama guru mereka.
• Program ini adalah kerjasama di antara lima buah PEDi di Hulu Terengganu iaitu PEDi Bukit Diman, PEDi Kg.Tengkawang, PEDi Kuala Kejir, PEDi Kuala Berang dan PEDi Tok Randok.


Tujuan :
• Tujuan utama program ini adalah untuk melahirkan pengguna yang bijak terhadap pengunaan teknologi dan media baru (bijak internet)
• Selain itu juga, program ini dapat mewujudkan rasa tanggungjawab di dalam kalangan pengguna internet supaya lebih beretika dan prihatin.
• Program ini juga telah menekankan aspek keselamatan semasa berada di dalam dunia siber.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program bermula pada jam 02.00 petang – 4.00 Petang .
• Sesi soal jawab di antara pelajar dan juga penceramah juga diadakan.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Menjadikan PEDi sebagai pusat sumber informasi kepada semua komuniti setempat.
• Peserta telah mendapat tips penggunaan internet dengan cara yang betul.
• Peserta telah mendapat kesedaran untuk lebih berwaspada dalam melayari internet terutamanya dalam menangani ‘scammer’ dan buli siber.
• Dapat memberi pendedahan kepada peserta mengenai penipuan atas talian (scammer).


Nama VIP :
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :