PROGRAM : PEMBANGUNAN SOSIAL KOMPUTER TEKNIK PENGGUNAAN GREEN SCREEN

Aktiviti terkini |7 Ogos 2023

Tempat Aktiviti:
Dewan Komuniti Felcra Bukit Bading

Ringkasan Aktiviti :
• Program Pembangunan Sosial komputer Teknik Penggunaan Green Screen anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah melibatkan belia dan komuniti di kawasan daerah Ajil.
• PEDi Bukit Diman telah di jemput untuk menjadi tenaga pengajar bagi empat slot yang telah diberikan oleh pihak KEMAS dan diantara tajuk yang telah diadakan pada haritu ialah slot pertama Teknik penggunaan green screen, slot kedua cara membuat gambar passport di atas talian, slot ketiga slot keusahawanan dan slot keempat slot Teknik mengambil gambar produk usahawan.
• PEDi Bukit Diman juga telah di bantu oleh kakitangan dari PEDi lain iaitu PEDi Kuala Berang, PEDi, Tok Randok, PEDi Kuala Kejir dan PEDi Kg.Tengkawang. Seramai 41 peserta telah terlibat pada hari itu.


Tujuan :
• Untuk menambahkan ilmu komputer dan ICT kepada beliawanis dan juga komuniti setempat seiring dengan keadaan kemajuan teknologi masa kini.
• Meningkatkan kemahiran dalam bidang keusahawanan
• Menggalakkan program keusahawanan komuniti dari pelbagai peringkat umur .
• Memperkenalkan fungsi PEDi kepada usahawan
• Mengeratkan lagi hubungan baik antara agensi dan jabatan kerajaan bersama komuniti setempat.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• 08.00 am: Pendaftaran kehadiran
• 09.00 am : Pengenalan PEDi
• 09.15 am : Slot 1-Teknik Penggunaan Green Screen
• 11.00 am : Slot 2 – Cara Membuat Gambar Passport Di atas Talian
• 12.00 am : Slot 3 – Keushawanan Shopee & Tiktok Seller
• 12.30 am : Slot 4 – Teknik Mengambil Gambar Produk
• 1.00 pm : Majlis Penutup oleh Ketua Pengarah Kemas Daerah Hulu Terengganu.
• 02.00 pm : Sesi Bergambar , makan dan bersurai.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Peserta dapat menambahkan ilmu komputer dan ICT seiring dengan keadaan kemajuan teknologi masa kini.
• Peserta dapat mengembangkan kemahiran pernigaan mereka kepada platform e-dagang dan juga di media sosial yang lain
• Menggalakkan program keusahawanan komuniti dari pelbagai peringkat umur .
• Dapat memperkenalkan fungsi PEDi kepada usahawan
• Dapat mengeratkan lagi hubungan baik antara agensi dan jabatan kerajaan bersama komuniti setempat.


Nama VIP :


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :