PROGRAM JOM KE MOBILE TEAM KWSP

Aktiviti terkini |27 Disember 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Kuala Berang

Ringkasan Aktiviti :
• Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kuala Berang telah menerima kunjungan daripada pihak Mobile Team KWSP dari Kuala Terengganu untuk memberi kemudahan kepada komuniti setempat dan juga komuniti berdekatan menggunakan perkhidmatan KWSP yang telah dibuka pada hari tersebut di PEDi Kuala Berang.

Tujuan :
• Memberi kemudahan kepada komuniti sekitar Kuala Berang dan juga kampung-kampung berdekatan.
• Membolehkan komuniti setempat mengambil peluang untuk memeriksa penyata baki akaun KWSP, ataupun menggunakan kemudahan lain yang telah di sediakan oleh pihak Mobile Team KWSP
• Menyediakan pelbagai perkhidmatan berkaitan KWSP kepada komuniti setempat.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Majlis bermula pada jam 10.00 pagi – 1.00 Petang.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Komuniti boleh mendaftar caruman i-akaun, i-suri, dan i-sara.
• Komuniti boleh mengemaskini penama untuk akaun KWSP masing-masing.
• Komuniti boleh menukar akaun KWSP biasa kepada akaun KWSP Syariah.
• Komuniti boleh membuat pengeluaran dan caruman sendiri.
• Memudahkan komuniti setempat untuk menguruskan segala urusan berkaitan KWSP tanpa perlu ke pejabat KWSP yang jauh terletak di Kuala Terengganu.


Nama VIP :
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :