Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kampung Bukit Diman ini terletak kira – kira 16.8km daripada Bandar Kuala Berang.Berada dalam mukim Penghulu Diman. Mengikut cerita orang-orang lama (tua) yang tinggal di kampung ini, ada 3 orang perantau yang berasal dari Pahang yang diketuai oleh Pak Diman. Pak Diman bersama dua orang pembantunya membuka tanah baru di kawasan ini yang ketika itu belum mempunyai nama. Tanah yang diusahakan oleh Pak Diman ialah tanah yang berbukit-bukau. Di tempat tersebut, beliau telah mendirikan pondok tempat berteduh dan menanam pokok buah-buahan serta padi. Pak diman merupakan seorang yang berilmu, baik hati, suka menolong orang kampung dan sebagainya. Orang kampung mula mempercayai Pak Diman kerana kebaikan dan ketulusan hatinya, lalu melantik beliau sebagai ketua di kampung ini. Bagi memberi penghormatan kepada beliau, orang kampung bersepakat menamakan kampung ini sempena nama pak diman , oleh kerana Pak Diman membuka tanah yang berbukit-bukau jadi nama kampung ini di gelar sebagai Kampung Bukit Diman. Dan nama ini kekal sehingga sekarang.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024KELAS ICT – MICROSOFT OFFICE EXCEL (AUTO SUM)
Aktiviti Terkini | 23 Mac 2024Kelas microsft office excel di jalankan di bilik training NADI Bukit Diman....baca selanjutnya
PROGRAM STRATEGI PEMASARAN DAN PENGHARGAAN USAHAWAN KECIL
Aktiviti Terkini | 17 Februari 2024Program Strategi Pemasaran dan Penghargaan Usahawan Kecil ini telah melibatkan seramai 28 orang peserta...baca selanjutnya
PROGRAM KOMUNITI RAHMAH DI KRT PENGKALAN AJAL BERSAMA JENTERA PERPADUAN NEGERI TERENGGANU
Aktiviti Terkini | 5 Februari 2024Program Komuniti Rahmah di KRT Kampung Pengkalan Ajal....baca selanjutnya
PROGRAM : KAUNTER FIZIKAL PADU@PEDI BUKIT DIMAN
Aktiviti Terkini | 2 & 3 Februari 2024Program ini dianjurkan oleh PEDi Bukit Diman dnegan kerjasama DOSM Terengganu....baca selanjutnya
PROGRAM : KAUNTER FIZIKAL PADU@PEDi
Aktiviti Terkini | 21 & 22 Januari 2024Program ini dianjurkan oleh PEDi Bukit Diman dnegan kerjasama DOSM Terengganu....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya